September 12, 2013

Hati

assalamualaikum..

hati ini terlalu letih
aku perlu meneruskan
setiap langkah ku gagahi
walapun ku tahu lemahnya diri 
ketepikan semuanya
lupakan cinta
tingalkan rindu
sendirian.
biarkan masa terus berlalu 
berlalu bersama kenangan 

*kejauhan itu terkadang memisahkan dua jiwa.




June 14, 2013

Langkah.

assalammualaikum..

rindu.
rindu itu terlalu indah untuk di ungkap.
bila rindu menyapa
hanya doa dapat di utus
jika ini kesudahan 
kan ku teruskan langkah kaki ini
untuk sekian kali nya aku merelakan
yakin la aku tiada kekuatan untuk pertahankan nya
hati terlalu letih 
aku lepas kan nya


~biarkan rindu itu berlalu bersama angin malam~





June 13, 2013

Rindu kan MU

assalamualaikum..

semakin lama semakin diri diuji ujian duniawi,
persoalan.
mampukah aku menempuhinya?
tanpa sedar, alpa dan leka dengan duniawi
aku semakin jauh daripada menyiapkan bekalan untuk akhirat MU
hati ini rindu kan MU

~ semoga kita sentiasa berada di bawah redha-Nya ~


January 16, 2013

Itu rela

Assalamualaikum..

untuk sekian kali nya.
aku merelakan.
usah bicara jika amarah mengusai diri.
aku cuba menginggati diri.
kata itu masi segar di ingatan.
terkadang aku buntu.
membiarkan segalanya berlaku.
aku yakin kan diri.
aku tahu itu terbaik.
apa kah benar akan ada jua masa nya tiba?
apakah antara kita dalam diri cuba untuk mengundur diri?
mengapa perlu bersedih jika kita mampu tersenyum?
aku dapat rasa kan perubahan diri.
layak ka aku untuk terus di damping mu?




January 06, 2013

Pesan

Assalamualaikum.

Pesanku.
Jangan pernah kau khianati walau sekali.
Aku percaya dan akan percaya.
Kepercayaan jangan pernah kau musnahi.
Ingat la pesanku.


Fikir

Assalamualaikum.


Kekadang aku terfikir.
Ya. Aku berfikir.
Hanya kerana itu aku jadi memikirkannya.
Terkadang hati terdetik.
Menyedari kekurangan diri.
Aku hanya ingin kau bahagia.



January 05, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.
Permulaan yg agak baik.
InsyaAllah. 
Akan bertambah pulih keadaan.
Terima kasih ya Allah (:


January 03, 2013

Bicara

Assalamualaikum.


Semakin hari, hati kecil ini terubat jua.
Aku cuba belajar untuk memahami diri.
Aku cuba menjadi yang terbaik demi kita.
Kesabaran membuah hasil detik demi detik.
Terima kasih membuat aku tersenyum.
Setiap sudut kehidupan pasti ada kenangan.
Begitu jua aku.
Bukan mudah menjalani kehidupan bila bersendirian.
Aku ingin kita terus melangkah.
Mencapai bersama apa yang di impikan (:


January 01, 2013

Jalinan

Assalamualaikum

aku yakin akan tiba jua masanya.
ku harapkan penantian ini tidak tersia.
ketika ini kaki ku masih lagi utuh berdiri dengan menggenggam sebuah janji.
jangan hapuskan kenangan manis kita bersama dengan perasaan kosong itu.
jauh mana kau melangkah, aku akan tetap di sini.