February 28, 2011

'Suharni Amir'

SILA AMBIL PERHATIAN : entri ini di taep khas buat SUHARNI AMIR


*motif ?  tgk tu betul betul ejaan blogspot. ngam sudah ah. haha. XD


Perhatian !!

typing error : blogsport - blogspot.

kesulitan amat dikesali . ahah. 
*pengajaran . Len kali jgn pandai copy n paste jak. tgk. tgk. satu salah semua ny salah. haha. XD
terima kasih kak sue atas teguran (:


February 27, 2011

bila mereka datang ke pulau kecil . . .

assalamualaikum .

taraaaa . ini al kisah satu hari di pulau kecil . teda mau cakap banyak lagi. tgk sj la ap yang ada.
(:

kak fafau. kak sue.
tengah padang. iys. iys. (:

kak fafau. kak kee. kak sue.
sememangnya mereka suka bergambar (:

kak fafau. kak sue. roro.
water park labuan (:

kak kee. kak sue. kak fafau
berlatar belakangkan restoran manja rasa, water park  (:

kak kee. kak sue. kak fafau
at chimney (:

kak sue. roro.
bunga api pada malam itu sgt cantik! aik ap kaitan. haha. (:

kak sue. kak kee. kak fafau
mereka lagi *di atas rumah teletubbies. (:

kak sue. roro. kak fafau
(:

kak nija. kak kee. kak fafau. roro. kak sue
di terminal sebelum mereka meninggalkan c pulau kecil. (:

roro. kak sue. kak fafau
(:

roro. kak sue. kak fafau
seriusly !! roro suka gambar ni. XD

(:
* tahniah di ucapkan kepada kak sue, kak fafau dan kak kee kerana akhirnya anda berjaya sampai ke small island roro. (:  len kali roro bw g bt lawatan muzium bnyk2 k ? haha. walaupun roro ni bukan pemandu pelancong yang bertauliah kn kn kn. segala kenangan akan di save baikbaik di ingatan kecil ini. (:  semoga bertemu lagi . (: (: 

Terima Kasih (:





28Feb2011

assalamualaikum .

entri ini khas untuk keeLa !
sila baca dengan penuh keseriusan yaa budak. (:
hm. hm.
hari ni genap 2 tahun la keeLa jd adik angkat aku. hee.
aku teda adik pmpuan dlm fmly. yg ad lelaki jak.
orait. serba sedikit pasal 'budak' ni.
aku kenal gan bdk ni since sekolah menengah lg.
bdk ni mmg hyper ckit. aha. whatever la. sis ttp syg keeLa !
kebetulan plak bdk ni merangkap kazen kpd best friend aku wawa . (:
entah keeLa ngat tau nda hari ni. hee.
maaf la ar, sis sengaja teda wish kat facebooker tau snd msg gan keeLa. SENGAJA jak. haha.
harap keeLa TERbaca kat blog sis ni la. (:
even kita pernah TERgaduh ckit dulu, tp keeLa ttp bagi sis peluang untuk berubah. Thanks sygs!
semoga keeLa berjaya di dunia dan di akhirat.
jadi anak solehah, banggakn parents oke. (:
jangan nakalnakal. jadi budak bek mcm sis. ahaa.
last words from sis , ilysm . Terima kasih untuk segalanya. 

ni la orang ny. my adik yang paling cutetisss.
Nurul Adlina Syakirah Binti Bustamih a.k.a keeLa

*sis mmg suka pgl keeLa budak ! haha XD
sekian ~


February 20, 2011

belajar untuk menghargai

Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu banyak memberi harapan kepada seseorang… Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu… Mengasihanimu… Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
*renungrenung kan dan selamat beramal. (:

bek punya journey .

Assalamualaikum . (:

Perjalanan bermula . .

Malam jumaat , awal sungguh aku tido . sebelum jam 9 malam aku dh terbuai mimpi . ahaha .
Bkn sebab excited mau g kk esok ny , tp telampau penat . ahaha

Oke . kita teruskan lagi .

Hari sabtu, di sebab kan semua tiket feri gan bus aku dh book awal jadi aku sengaja melambatkan diri aku untuk g ke terminal . sekali sampai jam 7.20 pagi . Feri bertolak dari Labuan g menumbuk jam  7.40 pagi . Lambat 10 minit oke ! hee . sampai menumbuk plak jam 10 pagi . nek bus terus untuk sampai ke destinasi seterusnya . akhirnya jam 12 tengah hari aku berjaya sampai ke kk ! Fine . bosan bila jauh-jauh perjalanan ni teda kawan . huh ! nasib la . oke . sebenarnya sampai jak aku di terminal aku dh jadi binggung  ! . apa yang dh rancang, semua nya jadi huru hara . aku blur sekejap juga la. aku mesti buat keputusan yang segera dan betul ! cewah ! ahaha. Last last, fikir punya fikir aku bt keputusan untuk lambat balik ke poli . jadi jawab ny aku kena stay di satu tempat dulu . yaaa! One B . ! perjalanan di teruskan g one B . jam 1.15 petang  aku dh terpacak kat sana . sempat juga aku buat ‘tawaf’ kat hypermall tu . sempat juga la aku jumpa kak hana and the geng sementara tunggu orang yang di janji  kunun jam 2 br sampai tu kan . tapi nda lama jumpa sbb kak hana mau balik dh . teda ap, kat poli t jumpa g kan. Okeeee . aiks ! dalam sejarah teda pernah aku tunggu berjam-jam ni . orang yang berjanji mau jumpa ni nda pandai muncul-muncul . Kak Sue ! huh . tunggu punya tunggu punya tunggu la . jam 3 petang  baru ada. Oke, bole di maaf kan lagi. seperti yang di janji kan kaki kaki kami terus melangkah g pizza . Janji kak Sue ! yummy . kak sue pembuli ! huh. Ahaha . di sebabkan terlampau awal la kunun nya jam 4 petang tu kn , kira awal la tu . hee . kami g tengok ceter bek punya ! di sini ada hantu . x takut . x takut . yay! Ahah . slow betul ceter nya tp part part last best . haaa . tengok la sendiri . ahah. Okeee . lastly, jam pn sdh jam 7 malam . masa untuk balik . sampai poli dh. Sampai umah terus mandi . sempat tetdo kjap. Seap seap jumpa abg . pastu g  bilik kak sue gan kak ira jap . then, balik . balik . malam tu jam 1.30 pagi baru aku tido. ZzZz.

Hari ahad pula, jam 8 pagi br aku merajinkan diri untuk bangun . mandi then terus seap . jam 10 pagi akhirnya aku bergerak g kk dengan berteman kan kak ira and the rumet . hee . jam 11 pagi baru sampai kk . di sebab kan aku nda sempat jumpa kak am hari sabtu tu, jadi kira hari ahad dh plan plan mesti berjumpa jgk . cewah ! hee . Terima kasih untuk kak ira dan rumet sebab sudi menghantar sampai ke terminal. Alhamdulillah, semua di permudahkan . sebelum kaki ni melangkah untuk balik ke pulau semula, harapan aku untuk berjumpa dengan kak am, kak nang, kak tiah, kak hana, kak ira dan kak sue telah dipermudahkan . Alhamdulillah. (:
Tepat jam 12.30 tengah hari bus aku bergerak ke destinasi seterusnya. Jam 3 petang  aku sampai juga ke menumbuk. Disebab kan kemalasan melanda diri masa tu. aku nek speedboat jak . 20 minit dh sampai Labuan. Sempat juga spedbot tu di tahan oleh ‘Penyeggat 3’ nama bot tu . bot polis la . buat sportcek . jam 3.3o petang  aku akhirnya sampai di PULAU . end.

*aku pasti merinduinya , terima kasih kak hana dan kak ira kerana sentiasa ada untuk adik dan nda pernah biarkan adik untuk jatuh lagi. Terima Kasih. Adik sayang Kaka sangat sangat. NOKTAH.

*aku pasti menginggatinya, terima kasih kak sue dan kak am serta sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  atas nasihat yang dberikan . Roro sayang kaka . FULLSTOP.

Terima Kasih ya Allah kerana telah mempermudah segalanya. (:


Kaka yang disayangi , XD
Kak Hana .  Kak Ira
thnks . thnks . (:
Kak sue

TamaT.

February 15, 2011

jangan bersedih .

Masalah is Problem .
Problem itu Masalah .


Jangan Bersedih .

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah .


Kutbah baginda :
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan  cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua  perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai  sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,  akan masuk syurga bersama-sama aku."

"Umatku, umatku, umatku"
Begitulah saat-saat akhir manusia agung,
jiwanya dipenuhi dengan rasa kasih sayang pada umatnya.
Setiap detik hayatnya adalah untuk umatnya,
setiap kepayahan adalah
untuk keselamatan umatnya...
Setiap jerih perit adalah untuk
cahaya keimanan ini terus tersebar
menyinari hidup umatnya.
Sejarahnya adalah sejarah.
Kasih sayang yang tiada ukuran
untuk kita umatnya .


Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah 
(:


February 13, 2011

anda bertuah.

akhirnya, aku ber-skype jua .
haha .
tahniah buat diri aku sendiri ! ahah .
whatever .
bosan punya pasal semua benda aku mau install .

btw,
credit for kak sue .
and thanks for everthings .XD
ni la org yg PALING bertuah . org pertama yang di Skype . tahniah ya ! ahah (:



akhir kata . sekian terima kasih .

February 10, 2011

insyaAllah.

amanah yang perlu aku pikul.
tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.
insyaAllah.
* hadapi dengan senyuman.

janji ALLAH , sesiapa yang berusaha pasti beroleh kejayaan . 

February 08, 2011

Aku Tahu Kamu Tahu Aku Sayang KAMU .


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
***
Kisah Kau dan Aku
aku tahu kamu tahu aku sayang Kamu.
Norhanisah Ahmad, Alfira Sopioh, Norsyazwanie Mat Said, Fatin Syuhada Nored, RoRo
LOKASI : kelas PKA 1 Teknik Labuan (07/08)
Lala, Nisa,Wawa, Roro, Fatin
Lokasi: Dewan Campin Teknik Labuan

semoga ukuwah persahabatan kita selamanya. InsyaAllah.
Fullstop .




February 06, 2011

Milo ?

assalamualaikum ..
hallo. hallo.
mmg sedap minum milo panaspanas kalau suhu kat ofis ni macam mau kasi beku orang . ahaha .
whatever la .  fuh ! garagara SH (Sebut Harga) yang nda pndai ngamngam dari hari isnin minggu lepas lagi balikbalik la aku kebingunggan sendiri. tgk. tgk. ad lagi benda ni kat atas meja aku. ngat kn merdeka dh aku. tp nda ap. kita perlu belajar dari kesilapan. dari kesilapan la kita akan tahu kelemahan diri. ehee. harapharap ni la yang terakhir untuk aku wt pembetulan gan SH tu. oke . u all doakan semua ny berjalan lancar k ? (: 
ni la kira first assignment aku kat sni. nmpak mcm senang tp bila mau membuat ny sampai bemingguminggu. oke la myb aku belum besa lg gan semua ni. budak baru mau belajar kn mmg la ad mistake ny. NEKAD ! aku mau bt yang terbaik. so far, banyak jgk aku belajar ttg penyediaan dokumen SH ni. nda rugi !! satu lagi, kalau mmg dh kena di jiwa hakikat benda tu susah pn bleh jadi senang. ehh. ap dh aku merepek ni ? haha. XD
oke la. laterlater aku update g.

di mana ada kemahuan, pasti ada jalan nya. Yeahh ! (:
* mood : tiada kerajinan untuk berblog kerana masi mencari ilham yang belum munculmuncul. haha.


SILA AMBIL PERHATIAN:  Tajuk entri ini langsung tidak berkaitan gan isi entri ini. Harap maklum.

February 02, 2011

tahap kesabaran ada had nya .

mood : tibatiba macam mau sepak tumbuk terajang lempang . hmm . 

* jangan cabar aku .

hati kecil berbisik .

jangan ganggu aku lagi boleh ?
ap yang berlaku di antara kita dulu akan aku jadi kan pengajaran .
tiada guna lagi untuk kau kembali .
kerana memang tiada ruang lagi .
biar kan aku begini .
meneruskan hidup demi mencari keredaanNYA .
aku tidak pernah menyalahkan kau .
mungkin aku juga silap .
tapi yang aku kesal kan kau tidak pernah memberi aku ruang untuk berubah . !
lepaskan lah aku .
biarla kita membawa haluan masingmasing .
kembali lah pada fitrah .
kita hanya sekadar masa lalu .
yang pasti nya . kita tidak akan sama lagi .
***
ya Allah , iringilah setiap langkahku bersamaMU .
tetapkan pendirian ku . perteguhkan iman ku .
agar aku tidak lalai dan leka lagi dengan permainan duniawi ini .
amin . 
***