January 30, 2011

selamat ulang tahun ke 27 !

assalamualaikum ..

tahniah . tahniah . (:
genap 1 Februari 2o11 ini L.A.B.U.A.N telah mencapai 27 tahun penubuhan nya dalam Wilayah Persekutuan .
secara umum nya wilayah persekutuan mempunyai 3 buah negeri iaitu WP Kuala Lumpur (37 tahun), WP Labuan (27 tahun) dan WP Putrajaya (1o tahun) . Labuan juga telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Pulau Bebas Cukai selain Pulau Langkawi . mari . mari kita imbas kembali sejarah Labuan .

Mao tau sejarah labuan klik sini . (:

bendera wilayah persekutuan (:
Dataran Labuan berlatar belakangkan Ujana Kewangan (:
Pulau Labuan yang kini dikenali Wilayah Persekutuan Labuan  (:

Chimney (:

Dataran Labuan (:
Bandar Labuan (:


Taman Damai (:


Taman Damai (:



War memorial (:


Taman Burung (:
 * that all . terima kasih kerana sudi membaca entri ini . (:



Hijrah Diri .


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumitpun ku rasakan perasaan seindah ini.
Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi  ruang kepada hambaMu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merinduiMu.
Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepadaMu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.
Syukur padaMu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cintaMu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandanganMu.
Betapa dosaku maha luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepadaMu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayahMu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisiMu, ya Allah.
Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. RahmatMu maha luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepadaMu.
Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni terataknya membasahi sejadahku lagi. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.
Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepadaMu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untukMu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.
Aku pohon kepadaMu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah keranaMu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.
Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redhaMu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayahMu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.
Ilmu yang akan aku persembahkan untukMu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cintaMu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintaiMu ya Allah.
Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayahNya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.
Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia . Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat. Marilah kita berhijrah bersama-sama.

January 29, 2011

hye kawan !

assalamualaikum .

aku sekadar ingin berbicara ~

kita hanya KAWAN .
kawan ~ terima kasih untuk semua ny sejak awal perkenalan kita .


January 27, 2011

itu aku .

adakah aku yang semakin bermasalah ? 
kadangkadang aku lebih suka bersendirian saja .
yaaa . ada perubahan dapat aku rasa kan dalam diri .
pendiam . itu aku kini . 
aku lebih suka senyum daripada bercakap .
aku tersenyum . aku terketawa . 
tapi gelora di hati menghimpithimpit dijiwa . memberontak !
hipokrit kah aku ?
tidak !
aku hanya ingin tersenyum . 
masalah di jiwa akan kekal di jiwa tidak usah di zahirkan .
KINI aku tetap aku .

* nekad ingin terus melangkah demi mencari nur NYA. !


January 25, 2011

QS . Civil .

assalamualaikum ..

ya . hye all !
hari ne aku join bahagian jalan g site dorg .
sumpah ! aku blur . x tau ap2 . diamdiam jak aku tgk dorg wt keja . hee . (:
yaaa laaa . aku kan bahagian maintanance . 
so far oke la . best jgk gan dorg . x kedekut ilmu . thnks2 .
ada juga ilmu yang aku dpt hari ne dr staf2 jalan . 
ada ms nnt bw  la aku g site lagi oke ! haha . XD
hmm , hampir 9 minggu dh aku prtcal . cpt ny ms berlalu . tggl 13 minggu lagi . *sob..sob ..
stkat ne mcm2 dh aku stdy kat sni . especially bahagian maintanance ne la . 
aku suka . maybe jiwa aku kat sini dh kot . hee . 
major aku belajar course civil spnjag aku prtcal ne . nahhhh ! ambik kau !
QS ? hmmm , =.=
skrg rmai DUB's member aku cm regret jak ambik QS ne . 
aku ? salah seorang ny ka ? x g kot . jiwa msi QS . tp x tau plak nnt kn . hee .
mn2 jak la . yang pntg aku msi minat untuk stdy QS . (:
insyaAllah aku akan habis kn dip QS ne .
tp insyaAllah juga coming soon aku nk ambik degree civil plak . 
yaaa . ! teruskan perjuangan mu roooo . ! XD

that all untuk hari ne . bubye .
salam . 

*  what u did , you will get back . always remember that oke . renungrenungkan dan selamat beramal . (:

January 24, 2011

report .

report
report
report
report
report

* 8 minggu telah berlalu . tp report aku blum up date lg . =.=  rooooo . bila la mao buat ne . ?

January 22, 2011

kehidupan .

adakalanya hidup ini perlukan pilihan .. biar aku dengan dunia ku saja  ..

aku tidak bersendirian . aku yakin ALLAH sentiasa bersama aku .


January 18, 2011

islam agamaku .

islam itu indah..


islam itu kedamaian..


islam itu anugerah..


islam itu agamaku..


                                                    dan aku bersyukur..



January 17, 2011

hitamputih warna kehidupan.

suka duka pahit manis sebuah Kehidupan. 
selagi nyawa di kandung badan , akan ku tempuhi perjalanan hidup ini .
insyaAllah dengan izin Mu ya ALLAH .


January 12, 2011

rindu .


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi
~ sabar la hati, jika dia ditakdirkan menjadi milik mu . pasti kebahagian menjemput KITA . 

Tunaikan tanggungjawab .




Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh, 
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

copy&paste_iluvislam


Nikmat sebenar rindu .


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

copy&paste_iluvislam

aku dan migrain .


Sakit Kepala Migrain  

•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 

•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 

•  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih 
teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama. 

•  Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung
 tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. 

•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat 
dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
 Sakit ini juga berlaku semasa haid. 

•  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine .


~ sekadar ingin berkongsi . =.=
aku dan migrain ? erm. 


January 01, 2011

smile . !


salam satu blogger . !
hee .
x rajin mao taep pnjg2 .
ne jak yang mampu aku taep . haha . XD
mukadimah awal tahun 2o11 ne .

SENYUM

kurangkan  manis dalam minuman ,
tambahkan manis dalam senyuman .

yay . !

like pic bawah tue , see see . hee .
aku cuma mahu senyum . (: